Homestay Senawang Tempat menarik berdekatan Senawang

Homestay Senawang Tempat menarik berdekatan Senawang

Homestay Senawang Tempat menarik berdekatan Senawang.

Di Senawang terdapat beberapa tempat menarik untuk dikunjungi.

Homestay Senawang Tempat menarik berdekatan Senawang Antaranya :

  1. Ulu Bendul

Ulu Bendul merupakan tempat perkelahan kaluarga yang terkenal di Negeri Sembilan. Air sungai yang jernih dan sejuk serta belum tercemar merupakan tarikan utama pengunjung berkunjung ke tempat perkelahan ini. Di sini juga disediakan kolam mainan untuk kanak – kanak seperti mini water park. Juga terdapat restoran yang menyediakan masakan lemak cili api Negeri Sembilan. Di samping itu terdapat juga gerai – gerai yang menjual beraneka barangan untuk pengunjung.

 

 

 

2. Gunung Angsi

Gunung Angsi merupakan tempat pendakian paling terkenal di negeri Sembilan. Gunung ini berketinggian 8++ meter dan terletak di antara Bukit Putus dan Ulu Bendul. Gunung ini dikawal selia oleh pihak renjer perhutanan Negeri Sembilan. Setiap pendakian yang dilakukan mestilah melalui denai Bukit Putus atau Uu Bendul dan wajib didaftarkan di pejabat renjer. Hanya yang mendaki beserta permit yang diluluskan dibenarkan untuk berada di Gunung ini. Puncak Gunung Angsi memberikan pemandangan hutan hujan yang indah beserta pemandangan Senawang, Terachi dan Rembau.

3. Gunung Berembun Telapak Buruk

Gunung Berembun Telapak Buruk terletak di Pantai, Jelebu. Perjalanan cuma mengambil masa lebih kurang 15 minit dari Homestay Senawang. Gunung ini lebih mencabar berbanding Gunung Angsi. Ianya juga lebih panjang jarak perjalanan. Pengunjung perlu kekuatan fitness dan mental untuk menghabiskan jarak denai gunung ini. Namun pemandangan dan suasana gunung yang indah dan segar membuatkan setiap pengunjung tidak terasa akan jarak pejalanan di sepanjang denai pendakian ini.

Sekian untuk posting kali ini.

Jika anda memerlukan penginapan homestay di Senawang, boleh berhubung terus dengan kami.

Hubungi no talian 0123792584 Ima untuk tempahan penginapan.

Kami menyediakan penginapan yang selesa dan bersih. Lokasi yang strategik di tengah bandar Senawang. Parking yang mencukupi untuk 4 buah kenderaan. Berhadapan dengan masjid

Homestay lain di Senawang : https://homestaysenawang.com/homestay-aidan-taman-rasa-sayang-senawang/

Rakan niaga : www.ejenhartanahkl.com

www.ejenhartanahkedah.net